
Nah itulah pemain professional di dunia dan tiada orang yang boleh tandingi dia.Tapi bukan itu yang saya ingin cakapkan tapi saya ingin mengatakan bahawa bermain bola sepak/futsal merupakan hobi kegilaan saya.Pada mulanya saya jinak dalam permainan ini setelah cikgu jurulatih di sekolah saya menghadiahkan sehelai jersi Manchester united dan dia menyuruh saya bermain bola sepak kerana dia berkata bahawa "kamu ada bakat dalm sukan bola sepak tapi cuma tiada orang yang cungkil bakat kamu, mungkin saya akan cungkil bakat kamu" cikgu berkata kepada saya.Pada masa itu saya rasa teruja sangat dan pada setiap petang saya selalu bermain bola sepak /futsal.Ketika berada di sekolah rendah, ketika darjah enam cikgu memilih saya untuk bermain di skuad pertama dalam pasukan sekolah saya.Namun nasib tak menyebelahi kami setelah kalah di peringkat separuh akhir, ini kerana pada masa itu ramai skuad kami dikenakan kad merah dan pasukan lawan menggunakan peluang dengan sebaik ada.Namun cikgu telah memuji kami.
Setelah itu, bakat saya di sekolah mrsm besut tenggelam keran pada masa itu kami tiada padang untuk bermain.Sampai lah sekarang mungkin berda di menengah atas ini futsal sudah menjadi kegilaan saya malah kawan kawan saya yang lain.Sekarang saya sudah selesa bermain setiap petang dengan bermain futsal.Mungkin tidak ada rezeki saya untuk menjadi pemain bola sepak.